September 14, 2008

bila orang asal mula bersuara..

Posted in orang asal, politik at 4:46 am by azuzafu

baru je dalam satu posting aku yg lepas, aku menyentuh ttg “orang asli (orang asal) pun tak kecoh2 pasal sapa menumpang sapa pendatang..”

tapi hari ni, orang asal dah berani bangkit bersuara ttg hak mereka..

malang sekali, hasrat mereka nak btemu Seri Paduka pulak dihalang dek orang2 menumpang..

aku punyai kenalan di kalangan orang asal.. iaitu adik2 yg pernah jadi peserta dlm program2 yg aku jadi fasi / jurulatih.. dlm PLKN dan yg terbaru kem kperak kidz..

merekalah orang asal di negara ini.. sepatutnya yg menghamun sesama kaum tentang menumpang dan pendatang tu, MALU dengan orang asal!

jangan pandang rendah pada orang asal.. kerana di kalangan mereka sudah ada yang bergraduate dan ada yang jadi guru! bila jadi guru, bermakna mereka berkorban masa dan tenaga untuk mengajar anak2 orang yg menumpang!!

16 september lagi 2 hari je lagi.. dari zaman sekolah lagi aku tertanya2 kenapa 16 sept tak diisytiharkan sbg cuti umum kerana bagi aku yang rabun sejarah ni, tarikh kedua penting yang patut diraikan oleh rakyat malaysia ialah tarikh penubuhan malaysia itu sendiri.. lebih penting dari hari wilayah.. lebih penting dari macam2 hari yg lain.. tapi persoalan aku tu takde siapa nak tolong jawabkan.. walaubagaimanapun, aku sendiri mengiktiraf tarikh 16 sept secara peribadinya sebagai tarikh yg penting dan perlu utk aku ingati dan jugak aku turunkan peringatan ni pada pelatih2 aku yg lepas.. aku masukkan soalan “bilakah Malaysia ditubuhkan?” setiap kali aku menemuduga calon-calon wira / wirawati terbaik modul kenegaraan.. dan memang hanya seorang je yang dapat jawab dengan tepat. malang.. malang..

agaknya sebab tu le kot kerajaan kesayangan korang yg korang bagi menang masa PRU12 ni selalu lupa nak iktiraf sabah dan sarawak sbg malaysia kot? selalu disebut “di seluruh malaysia termasuk sabah dan sarawak”. bukan ke sabah dan sarawak tu memang dalam malaysia dah, nak sebut ‘termasuk’ buat apa lagi? takkan tu pun aku yg nak kena ajar?

dari sebuah negeri dalam negara sendiri nak masuk ke sebuah lagi negeri dalam negara sendiri pun kena guna pasport.. atau isi borang visitor.. apa kejadah?

kali ni 916ophobia melanda BN.. tp aku rasa kalo 913 kurang sikit phobianya sbb pak lah kan suka nombor 13.. lalala..

menurut laporan fuziah salleh dari taiwan, misi mereka berjaya..

bagi aku, aku tak kira parti mana yang perintah negara ni pun.

janji..

AMAN

BEBAS MENCARI REZKI HALAL

SUARA RAKYAT DITERIMA

PEMIMPIN YANG ADIL DAN BERIMAN

PEMIMPIN MERENDAH DIRI (dalam ertikata rendah diri yg sebenar)

CARA HIDUP ISLAM DI MADINAH MASA ZAMAN RASULULLAH SAW

PELAKSANAAN UNDANG2 – HUDUD UTK MUSLIM DAN CIVIL UTK NON-MUSLIM

tu je.. bukan banyak pun.. tak susah pun..

amerika yang jahat tu pun, bertukar2 parti pemerintah setiap penggal.. negara dan rakyatnya mcm tu jugak..

jangan jadi bodoh.. memperbodoh.. diperbodoh.. dan ingat orang lain bodoh..

d’oh!


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.